Salam semua....
Hari ni dh masuk 4 Ramadan. harap² sy lom terlewat lg utk ucapkan selamat berpuasa kpd semua umat islam. Semoga Ramadan kali ini dapat kita hayati dan penuhi dgn amal ibadah. Bulan yg mulia utk kita membersihkan jiwa dan hati yg selama ini byk membuat kekufuran, bulan bonus utk kita melipat gandakan usaha dlm menambah timbangan neraca amal kebaikan kita.
Berikut adalah doa - doa setiap hari yg boleh diamalkan utk setiap hari dalam bulan Ramadan....
Doa Hari Pertama
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ صِيَامِيْ فِيْهِ صِيَامَ
الصَّائِمِيْنَ وَ قِيَامِيْ فِيْهِ قِيَامَ الْقَائِمِيْنَ وَ نَبِّهْنِيْ فِيْهِ
عَنْ نَوْمَةِ الْغَافِلِيْنَ وَ هَبْ لِيْ جُرْمِيْ فِيْهِ يَا إِلَهَ
الْعَالَمِيْنَ وَ اعْفُ عَنِّيْ يَا عَافِيًا عَنِ
الْمُجْرِمِيْنَ
Ya Allah.. Jadikanlah puasaku sebagai puasa
orang-orang yang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku sebagai ibadah
orang-orang yang benar-benar melakukan ibadah malam. Dan jagalah aku dari
tidurnya orang-orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku… Wahai Tuhan
sekalian alam. Dan ampunilah aku, wahai pengampun para pembuat
dosa.
Doa Hari Kedua
اَللَّهُمَّ قَرِّبْنِيْ فِيْهِ إِلَى مَرْضَاتِكَ وَ
جَنِّبْنِيْ فِيْهِ مِنْ سَخَطِكَ وَ نَقِمَاتِكَ وَ وَفِّقْنِيْ فِيْهِ
لِقِرَاءَةِ آيَاتِكَ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
Ya
Allah.. Dekatkanlah aku kepada Keredhaan-Mu dan jauhkanlah aku dari kemurkaan
serta balasan-Mu. Berilah aku kemampuan untuk membaca ayat-ayat-Mu dengan
rahmat-Mu, wahai Maha Pengasih kepada semua pengasih.
Doa Hari
Ketiga
اَللَّهُمَّ ارْزُقْنِيْ فِيْهِ الذِّهْنَ وَ التَّنْبِيْهَ
وَ بَاعِدْنِيْ فِيْهِ مِنَ السَّفَاهَةِ وَ التَّمْوِيْهِ وَ اجْعَلْ لِيْ
نَصِيْبًا مِنْ كُلِّ خَيْرٍ تُنْزِلُ فِيْهِ، بِجُوْدِكَ يَا أَجْوَدَ
الْأَجْوَدِيْنَ
Ya Allah.. Berikanlah aku rezeki akal dan
kewaspadaan dan jauhkanlah aku dari kebodohan dan kesesatan. Sediakanlah
bahagian untukku dari segala kebaikan yang Kau turunkan, demi kemurahan-Mu,
wahai Dzat Yang Maha Dermawan dari semua dermawan!
Doa Hari
Keempat
اَللَّهُمَّ قَوِّنِيْ فِيْهِ عَلَى إِقَامَةِ أَمْرِكَ وَ
أَذِقْنِيْ فِيْهِ حَلاَوَةَ ذِكْرِكَ وَ أَوْزِعْنِيْ فِيْهِ لأدَاءِ شُكْرِكَ
بِكَرَمِكَ وَ احْفَظْنِيْ فِيْهِ بِحِفْظِكَ وَ سِتْرِكَ يَا أَبْصَرَ
النَّاظِرِيْنَ
Ya Allah.. Berikanlah kekuatan kepadaku, untuk
menegakkan perintah-perintah-Mu, Dan berilah aku manisnya berzikir
mengingat-Mu. Berilah aku kekuatan untuk menunaikan syukur kepada-Mu,
dengan kemuliaan-Mu. Dan jagalah aku dengan penjagaan-Mu dan perlindungan-Mu,
wahai Dzat Yang Maha Melihat.
Doa Hari Kelima
اَللَّهُمَّ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مِنَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ
وَ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مِنْ عِبَادِكَ الصَّالِحِيْنَ الْقَانِتِيْنَ وَ
اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مِنْ أَوْلِيَائِكَ الْمُقَرَّبِيْنَ بِرَأْفَتِكَ يَا أَرْحَمَ
الرَّاحِمِيْنَ
Ya Allah.. Jadikanlah aku diantara orang-orang
yang memohon keampunan, Dan jadikanlah aku sebagai hamba-Mu yang Soleh dan setia
serta jadikanlah aku diantara Auliya’-Mu yang dekat disisi-Mu,
dengan kelembutan-Mu, wahai Dzat Yang Maha Pengasih di antara
semua pengasih.
Doa Hari keenam
اَللَّهُمَّ لاَ تَخْذُلْنِيْ فِيْهِ لِتَعَرُّضِ
مَعْصِيَتِكَ وَ لاَ تَضْرِبْنِيْ بِسِيَاطِ نَقِمَتِكَ وَ زَحْزِحْنِيْ فِيْهِ
مِنْ مُوْجِبَاتِ سَخَطِكَ بِمَنِّكَ وَ أَيَادِيْكَ يَا مُنْتَهَى رَغْبَةِ
الرَّاغِبِيْنَ
Ya Allah.. Janganlah Engkau hinakan aku kerana
perbuatan maksiat terhadap-Mu, dan janganlah Engkau pukul aku dengan cambuk
balasan-Mu. Jauhkanlah aku dari hal-hal yang dapat menyebabkan
kemurkaan-Mu, dengan anugerah dan bantuan-Mu, wahai puncak keinginan
orang-orang yang berkeinginan.
Doa Hari Ketujuh
اَللَّهُمَّ أَعِنِّيْ فِيْهِ عَلَى صِيَامِهِ وَ قِيَامِهِ
وَ جَنِّبْنِيْ فِيْهِ مِنْ هَفَوَاتِهِ وَ آثَامِهِ وَ ارْزُقْنِيْ فِيْهِ
ذِكْرَكَ بِدَوَامِهِ بِتَوْفِيْقِكَ يَا هَادِيَ
الْمُضِلِّيْنَ
Ya Allah.. Bantulah aku untuk melaksanakan
puasanya, dan ibadah malamnya. jauhkanlah aku dari kelalaian dan dosa-dosa-Nya.
Dan berikanlah aku zikir berupa zikir mengingat-Mu secara berkesinambungan,
Dengan Taufiq-Mu, wahai Pemberi Petunjuk Orang-Orang Yang
Sesat.
Doa Hari Kelapan
اَللَّهُمَّ ارْزُقْنِيْ فِيْهِ رَحْمَةَ الأَيْتَامِ وَ
إِطْعَامَ الطَّعَامِ وَ إِفْشَاءَ السَّلاَمِ وَ صُحْبَةَ الْكِرَامِ بِطَوْلِكَ
يَا مَلْجَأَ الآمِلِيْنَ
Ya Allah.. Berilah aku rezki berupa
kasih sayang terhadap anak-anak yatim dan pemberian makan, serta penyebaran
salam, dan pergaulan dengan orang-orang mulia, dengan kemuliaan-Mu, wahai
Tempat Berlindung Bagi Orang-Orang Yang Berharap.
Doa Hari
Kesembilan
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِيْ فِيْهِ نَصِيْبًا مِنْ رَحْمَتِكَ
الْوَاسِعَةِ وَ اهْدِنِيْ فِيْهِ لِبَرَاهِيْنِكَ السَّاطِعَةِ وَ خُذْ
بِنَاصِيَتِيْ إِلَى مَرْضَاتِكَ الْجَامِعَةِ بِمَحَبَّتِكَ يَا أَمَلَ
الْمُشْتَاقِيْنَ
Ya Allah.. Sediakanlah untukku sebagian dari
Rahmat-Mu yang luas, Dan berikanlah aku petunjuk kepada ajaran-ajaran-Mu yang
terang, dan bimbinglah aku menuju kepada kerelaan-Mu yang penuh dengan
kecintaan-Mu, Wahai Harapan Orang-Orang Yang Rindu.
Doa Hari
Kesepuluh
اَللَّهُمَّ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مِنَ الْمُتَوَكِّلِيْنَ
عَلَيْكَ وَ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مِنَ الْفَائِزِيْنَ لَدَيْكَ وَ اجْعَلْنِيْ
فِيْهِ مِنَ الْمُقَرَّبِيْنَ إِلَيْكَ بِإِحْسَانِكَ يَا غَايَةَ
الطَّالِبِيْنَ
Ya Allah.. Jadikanlah aku diantara orang-orang
yang bertawakkal kepada-Mu, Dan jadikanlah aku diantara orang-orang yang
menang disisi-Mu, Dan jadikanlah aku diantara orang-orang yang dekat kepada-Mu
dengan Ihsan-Mu, Wahai Tujuan Orang-Orang Yang Memohon.
Doa Hari
Kesebelas
اَللَّهُمَّ حَبِّبْ إِلَيَّ فِيْهِ الْإِحْسَانَ وَ
كَرِّهْ إِلَيَّ فِيْهِ الْفُسُوْقَ وَ الْعِصْيَانَ وَ حَرِّمْ عَلَيَّ فِيْهِ
السَّخَطَ وَ النِّيْرَانَ بِعَوْنِكَ يَا غِيَاثَ
الْمُسْتَغِيْثِيْنَ
Ya Allah.. Tanamkanlah dalam diriku
kecintaan kepada perbuatan baik, Dan tanamkanlah dalam diriku kebencian terhadap
kemaksiatan dan kefasikan. Jauhkanlah dariku kemurkaan-Mu dan api neraka
dengan pertolongan-Mu, Wahai Penolong Orang-Orang Yang Meminta
Pertolongan.
Doa Hari Kedua Belas
اَللَّهُمَّ زَيِّنِّيْ فِيْهِ بِالسِّتْرِ وَ الْعَفَافِ
وَ اسْتُرْنِيْ فِيْهِ بِلِبَاسِ الْقُنُوْعِ وَ الْكَفَافِ وَ احْمِلْنِيْ فِيْهِ
عَلَى الْعَدْلِ وَالإِنْصَافِ وَ آمِنِّيْ فِيْهِ مِنْ كُلِّ مَا أَخَافُ
بِعِصْمَتِكَ يَا عِصْمَةَ الْخَائِفِيْنَ
Ya Allah.. Hiasilah
diriku dengan penutup dan kesucian. Tutupilah diriku dengan pakaian Qana’ah dan
kerelaan. Tempatkanlah aku di atas jalan keadilan dan sikap tulus. Amankanlah
diriku dari setiap yang aku takuti dengan penjagaan-Mu, Wahai Penjaga
Orang-Orang Yang Takut.
Doa Hari Ketiga Belas
اَللَّهُمَّ طَهِّرْنِيْ فِيْهِ مِنَ الدَّنَسِ وَ
الْأَقْذَارِ وَ صَبِّرْنِيْ فِيْهِ عَلَى كَائِنَاتِ الْأَقْدَارِ وَ وَفِّقْنِيْ
فِيْهِ لِلتُّقَى وَ صُحْبَةِ الأَبْرَارِ بِعَوْنِكَ يَا قُرَّةَ عَيْنِ
الْمَسَاكِيْنِ
Ya Allah.. Sucikanlah diriku dari kekotoran dan
kejelekan. Berilah kesabaran padaku untuk menerima segala ketentuan. Dan
berilah kemampuan kepadaku untuk bertaqwa, Dan bergaul dengan orang-orang yang
baik dengan bantuan-Mu, Wahai Dambaan Orang-Orang Miskin.
Doa Hari
keempat Belas
اَللَّهُمَّ لاَ تُؤَاخِذْنِيْ فِيْهِ بِالْعَثَرَاتِ وَ
أَقِلْنِيْ فِيْهِ مِنَ الْخَطَايَا وَ الْهَفَوَاتِ وَ لاَ تَجْعَلْنِيْ فِيْهِ
غَرَضًا لِلْبَلايَا وَ الآفَاتِ بِعِزَّتِكَ يَا عِزَّ
الْمُسْلِمِيْنَ
Ya Allah.. Janganlah Engkau hukum aku, kerana
kekeliruan yang ku lakukan. Dan ampunilah aku dari kesalahan-kesalahan dan
kebodohan. Janganlah Engkau jadikan diriku sebagai sasaran bala dan
malapetaka dengan kemuliaan-Mu, Wahai Kemuliaan Kaum Muslimin.
Doa
Hari Kelima Belas
اَللَّهُمَّ ارْزُقْنِيْ فِيْهِ طَاعَةَ الْخَاشِعِيْنَ وَ
اشْرَحْ فِيْهِ صَدْرِيْ بِإِنَابَةِ الْمُخْبِتِيْنَ بِأَمَانِكَ يَا أَمَانَ
الْخَائِفِيْنَ
Ya Allah.. Berilah aku rezeki berupa ketaatan
orang-orang yang khusyu’. Dan lapangkanlah dadaku dengan taubatnya orang-orang
yang menyesal, dengan keamanan-Mu, Wahai Keamanan Untuk Orang-Orang
Yang Takut.
Doa Hari Keenam Belas
َللَّهُمَّ وَفِّقْنِيْ فِيْهِ لِمُوَافَقَةِ الْأَبْرَارِ
وَ جَنِّبْنِيْ فِيْهِ مُرَافَقَةَ الْأَشْرَارِ وَ آوِنِيْ فِيْهِ بِرَحْمَتِكَ
إِلَى (فِيْ ) دَارِ الْقَرَارِ بِإِلَهِيَّتِكَ يَا إِلَهَ
الْعَالَمِيْنَ
Ya Allah.. Berilah aku kemampuan untuk hidup
sebagaimana kehidupan orang-orang yang baik. Dan jauhkanlah aku dari kehidupan
bersama orang-orang yang jahat. Dan naungilah aku dengan Rahmat-Mu hingga sampai
kepada alam akhirat. Demi Ketuhanan-Mu Wahai Tuhan Seru Sekalian
Alam.
Doa Hari Ketujuh Belas
اَللَّهُمَّ اهْدِنِيْ فِيْهِ لِصَالِحِ الأَعْمَالِ وَ
اقْضِ لِيْ فِيْهِ الْحَوَائِجَ وَ الآمَالَ يَا مَنْ لاَ يَحْتَاجُ إِلَى
التَّفْسِيْرِ وَ السُّؤَالِ يَا عَالِمًا بِمَا فِيْ صُدُوْرِ الْعَالَمِيْنَ
صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَ آلِهِ الطَّاهِرِيْنَ
Ya Allah..
Tunjukkanlah aku kepada amal kebajikan dan penuhilah hajat serta cita-citaku.
Wahai Yang Maha Mengetahui Keperluan, tanpa pengungkapan permohonan. Wahai Yang
Maha Mengetahui segala yang ada di dalam hati seluruh isi alam. Selawat ke atas
Muhammad dan Keluarganya Yang Suci.
Doa Hari Kelapan
Belas
اَللَّهُمَّ نَبِّهْنِيْ فِيْهِ لِبَرَكَاتِ أَسْحَارِهِ وَ
نَوِّرْ فِيْهِ قَلْبِيْ بِضِيَاءِ أَنْوَارِهِ وَ خُذْ بِكُلِّ أَعْضَائِيْ إِلَى
اتِّبَاعِ آثَارِهِ بِنُوْرِكَ يَا مُنَوِّرَ قُلُوْبِ
الْعَارِفِيْنَ
Ya Allah.. Sedarkanlah aku akan keberkatan yang
terdapat di saat Saharnya. Dan sinarilah hatiku dengan terang cahayanya dan
bimbinglah aku dan seluruh anggota tubuhku untuk dapat
mengikuti ajaran-ajarannya, Demi Cahaya-Mu Wahai Penerang Hati Para
Arifin.
Doa Hari Kesembilan Belas
اَللَّهُمَّ وَفِّرْ فِيْهِ حَظِّيْ مِنْ بَرَكَاتِهِ وَ
سَهِّلْ سَبِيْلِيْ إِلَى خَيْرَاتِهِ وَ لاَ تَحْرِمْنِيْ قَبُوْلَ حَسَنَاتِهِ
يَا هَادِيًا إِلَى الْحَقِّ الْمُبِيْنِ
Ya Allah.. Penuhilah
bahagianku dengan keberkatannya, Dan mudahkanlah jalanku menuju
kebaikan-kebaikannya. Janganlah Kau jauhkan aku dari penerimaan
kebaikan-kebaikannya, Wahai Pemberi Petunjuk Kepada Kebenaran Yang
Terang.
Doa Hari Kedua Puluh
اَللَّهُمَّ افْتَحْ لِيْ فِيْهِ أَبْوَابَ الْجِنَانِ وَ
أَغْلِقْ عَنِّيْ فِيْهِ أَبْوَابَ النِّيْرَانِ وَ وَفِّقْنِيْ فِيْهِ لِتِلاَوَةِ
الْقُرْآنِ يَا مُنْزِلَ السَّكِيْنَةِ فِيْ قُلُوْبِ
الْمُؤْمِنِيْنَ
Ya Allah.. Bukakanlah bagiku pintu-pintu Syurga
dan tutupkanlah bagiku pintu-pintu Neraka, dan berikanlah kemampuan padaku
untuk membaca Al-Quran Wahai Penurun Ketenangan di dalam hati
orang-orang Mukmin.
Doa Hari Kedua Puluh Satu
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِيْ فِيْهِ إِلَى مَرْضَاتِكَ
دَلِيْلاً وَ لاَ تَجْعَلْ لِلشَّيْطَانِ فِيْهِ عَلَيَّ سَبِيْلاً وَ اجْعَلِ
الْجَنَّةَ لِيْ مَنْزِلاً وَ مَقِيْلاً يَا قَاضِيَ حَوَائِجِ
الطَّالِبِيْنَ
Ya Allah.. Berilah aku petunjuk menuju kepada
keredhaan- Mu. Dan janganlah Engkau beri jalan kepada syaitan untuk
menguasaiku. Jadikanlah Syurga bagiku sebagai tempat tinggal dan
peristirahatan, Wahai Pemenuh Keperluan Orang-Orang Yang
Meminta.
Doa Hari Kedua Puluh Dua
اَللَّهُمَّ افْتَحْ لِيْ فِيْهِ أَبْوَابَ فَضْلِكَ وَ
أَنْزِلْ عَلَيَّ فِيْهِ بَرَكَاتِكَ وَ وَفِّقْنِيْ فِيْهِ لِمُوْجِبَاتِ
مَرْضَاتِكَ وَ أَسْكِنِّيْ فِيْهِ بُحْبُوْحَاتِ جَنَّاتِكَ يَا مُجِيْبَ دَعْوَةِ
الْمُضْطَرِّيْنَ
Ya Allah.. Bukakanlah bagiku pintu-pintu
Kurnia-Mu, turunkan untukku keberkatan-Mu. Berilah kemampuan untukku kepada
penyebab-penyebab keredhaan-Mu, Dan tempatkanlah aku di dalam Syurrga-Mu
yang luas, Wahai Penjawab Doa Orang-Orang Yang Dalam
Kesempitan.
Doa Hari Kedua Puluh Tiga
اَللَّهُمَّ اغْسِلْنِيْ فِيْهِ مِنَ الذُّنُوْبِ وَ
طَهِّرْنِيْ فِيْهِ مِنَ الْعُيُوْبِ وَ امْتَحِنْ قَلْبِيْ فِيْهِ بِتَقْوَى
الْقُلُوْبِ يَا مُقِيْلَ عَثَرَاتِ الْمُذْنِبِيْنَ
Ya Allah..
Sucikanlah aku dari dosa-dosa, Dan bersihkanlah diriku dari segala aib.
Tanamkanlah ketaqwaan di dalam hatiku, Wahai Penghapus Kesalahan Orang-Orang
Yang Berdosa.
Doa Hari Kedua Puluh Empat
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فِيْهِ مَا يُرْضِيْكَ وَ
أَعُوْذُ بِكَ مِمَّا يُؤْذِيْكَ وَ أَسْأَلُكَ التَّوْفِيْقَ فِيْهِ لأَنْ
أُطِيْعَكَ وَ لاَ أَعْصِيَكَ يَا جَوَّادَ السَّائِلِيْنَ
Ya
Allah.. Aku memohon kepada-Mu hal-hal yang mendatangkan Keredhaan-Mu, Dan aku
berlindung dengan-Mu Dan hal-hal yang mendatangkan kemarahan-Mu, dan aku
memohonkepada-Mu kemampuan untuk mentaati-Mu serta menghindari kemaksiatan
terhadap-Mu, Wahai Pemberi Para Peminta.
Doa Hari Kedua Puluh
Lima
اَللَّهُمَّ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مُحِبًّا لِأَوْلِيَائِكَ
وَ مُعَادِيًا لأَعْدَائِكَ مُسْتَنّا بِسُنَّةِ خَاتَمِ أَنْبِيَائِكَ يَا عَاصِمَ
قُلُوْبِ النَّبِيِّيْنَ
Ya Allah.. Jadikanlah aku orang-.orang
yang menyintai Auliya-Mu dan memusuhi musuh-musuh-Mu. Jadikanlah aku pengikut
sunnah-sunnah penutup Nabi-Mu, Wahai Penjaga Hati Para Nabi.
Doa
Hari Kedua Puluh Enam
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ سَعْيِيْ فِيْهِ مَشْكُوْرًا وَ
ذَنْبِيْ فِيْهِ مَغْفُوْرًا وَ عَمَلِيْ فِيْهِ مَقْبُوْلاً وَ عَيْبِيْ فِيْهِ
مَسْتُوْرًا يَا أَسْمَعَ السَّامِعِيْنَ
Ya Allah.. Jadikanlah
usahaku sebagai usaha yang disyukuri, Dan dosa-dosa ku di ampuni, amal
perbuatanku diterima, Dan seluruh aibku ditutupi, Wahai Maha Pendengar Dan Semua
Yang Mendengar.
Doa Hari Kedua Puluh Tujuh
اَللَّهُمَّ ارْزُقْنِيْ فِيْهِ فَضْلَ لَيْلَةِ الْقَدْرِ
وَ صَيِّرْ أُمُوْرِيْ فِيْهِ مِنَ الْعُسْرِ إِلَى الْيُسْرِ وَ اقْبَلْ
مَعَاذِيْرِيْ وَ حُطَّ عَنِّيَ الذَّنْبَ وَ الْوِزْرَ يَا رَؤُوْفًا بِعِبَادِهِ
الصَّالِحِيْنَ
Ya Allah.. Rezekikanlah kepadaku keutamaan
Lailatul Qadr, Dan ubahlah perkara-perkaraku yang sulit menjadi mudah. Terimalah
permintaan maafku, dan hapuskanlah dosa dan kesalahanku, Wahai Yang
Maha Penyayang Terhadap Hamba-Hamba-Nya Yang Soleh.
Doa Hari Kedua
Puluh lapan
اَللَّهُمَّ وَفِّرْ حَظِّيْ فِيْهِ مِنَ النَّوَافِلِ وَ
أَكْرِمْنِيْ فِيْهِ بِإِحْضَارِ الْمَسَائِلِ وَ قَرِّبْ فِيْهِ وَسِيْلَتِيْ
إِلَيْكَ مِنْ بَيْنِ الْوَسَائِلِ يَا مَنْ لاَ يَشْغَلُهُ إِلْحَاحُ
الْمُلِحِّيْنَ
Ya Allah.. Penuhkanlah hidupku dengan
amalan-amalan Sunnah, Dan muliakanlah aku dengan terkabulnya semuap permintaan.
Dekatkanlah perantaraanku kepada-Mu diantara semua perantara, Wahai Yang
Tidak Tersibukkan Oleh Permintaan Orang-Orang Yang Meminta.
Doa
Hari Kedua Puluh Sembilan
اَللَّهُمَّ غَشِّنِيْ فِيْهِ بِالرَّحْمَةِ وَ ارْزُقْنِيْ
فِيْهِ التَّوْفِيْقَ وَ الْعِصْمَةَ وَ طَهِّرْ قَلْبِيْ مِنْ غَيَاهِبِ
التُّهَمَةِ يَا رَحِيْمًا بِعِبَادِهِ الْمُؤْمِنِيْنَ
Ya Allah.. Liputilah aku dengan Rahmat
dan berikanlah kepadaku Taufiq dan Penjagaan. Sucikanlah hatiku dan dosa-dosa
fitnah Wahai Pengasih Terhadap Hamba- HambaNya Yang Mukmin.
Doa
Hari Ketiga Puluh
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ صِيَامِيْ فِيْهِ بِالشُّكْرِ وَ
الْقَبُوْلِ عَلَى مَا تَرْضَاهُ وَ يَرْضَاهُ الرَّسُوْلُ مُحْكَمَةً فُرُوْعُهُ
بِالأُصُوْلِ بِحَقِّ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ آلِهِ الطَّاهِرِيْنَ وَ الْحَمْدُ
ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
Ya Allah.. Jadikanlah puasaku
disertai dengan syukur dan penerima di atas jalan keredhaan-Mu dan Keredhaan
Rasul. Cabang-cabangnya kukuh dan kuat berkat pokok-pokoknya,demi Kenabian
Muhammad dan keluarganya yang suci, Dan Segala Puji Bagi Allah Tuhan Sekalian
Alam.
SEMOGA IANYA MEMBERI MANFAAT KEPADA KITA SEMUA....AMIN
sumber :
http://norahah.blogspot.com/