k-A-m-I

k-A-m-I

Wednesday 24 October 2012

fruit tart versi mama Damia

hi!! salam semua.

rajin pulak nk entri pasal resepi n kerajinan sy nih heheheheheh.....
actually ada my bff dr zaman belajo di PPD... ct mariam nk mntk resepi fruit tart sy. nk cite by chat x faham sgt so sy update la dlm entri kali ni.

okiesss bahan² nya
  1. base tart yg ready made (ada jual kt bakery shop)
  2. coklat bar (diparut)
  3. instant whiping cream (pukul smpi kembang)
  4. buah² segar @ dlm tin
  5. instant jelly (jika mau fruit tart nmpk ) berkilat
  6. paper cup

cara - caranya

  1. susun paper cup dalam dulang
  2. masukkan base tart dalam paper cup
  3. kemudian sudukan coklat bar yg diparut tadi dalam base tart
  4. sudukan pula whiping cream yg dh kembang dipukul.letak byk skit sbb nnti kena buah dia tenggelam.
  5. susunkan buah kegemaran anda. kalo rajin masak instant jelly n sapukan atas buah tadi.fungsinya agar fruit tart nampak berkilat je tp sy x buat pasal anak sy dh x sabor nk makan.huhuhuhu
  6. simpan seketika dalam peti sejuk
  7. sedia utk dimakan
layan gambor ye....

 
 

 
 

 
 
okiesss semua selamat mencuba ya fruit tart simple versi saya ni hehehehe
bubbyeeee..

Monday 22 October 2012

Kuala Gula & ketam lembut

Hi!! salam semua.

hurmm sebulan lebih sy xde new entri.nape ye? alah xde alasan lain dh nk bgtau,mcm biasa la sibuk! heheheheh...
entri lepas sy dh janji nk cite pasal Kuala Gula (K.G) kan..kan??..okiess kali ni ditunaikan.sgt seronok n teruja.mula² abg ipar belah en.somi sy yg duk di taiping bercerita pasal ketam lembut..pot pet..pot pet dia cerita.sy pon bgtau eh ketam tu x bole mkn kot.ketam batu idup 2 alam.rupanya sy salah sangka.
ketam lembut adalah sama dgn ketam yg mcm kt pasar yg kulit keras tu,yg boleh kita org islam ni mkn cuma ia ditangkap dan dibela dlm sangkar supaya bila bersalin kulit n masa kulit baru nk tumbuh tu la ketam² ni ditangkap utk dihantar ke restoran. kelebihannya kita x perlu la nk mkn ketam tu dgn nk kena gigit bagai n ketuk² kulitnya yg keras....bole mkn kesemuanya termasuk la jari jemari ketam yg tajam tu....sgt sedap yummy yummy..

ok! berikutan sambungan cite raya aritu masa sy ke belah parit buntar dan mlm terakhir tido di rmh abg ipar di Taiping maka sy pon mengajak la diorg bawa kami mkn di jeti K.G tempat terletaknya restoran terapung ketam lembut tuh. rezeki kami hujan pulak hari tu.smpi ptg n bila hujan laut bergelora makanya restoran tu pon bergoyong² apatah lagi kalo ada bot atau kapal yg lalu.sgt best...kita tgk gambo dulu ye.



bot-bot nelayan yg di parking sebelah restoran(tempat sy berdiri ini adalah restoran)

resort yg disediakan jika ingin bermalam tp jgn tanya rate ye pasal sy pon x tau,hujan kan x sempat nk merayau sgt huhuhuhu...nmpk x gambo abg baju merah tu??? hah best kan dia tgh memancing dr balcony resortnya,kalo dpt ikan leh bawa ke restoran ni utk dimasak.kan jimat tuh!


tadaaa inilah sangkar tempat belaan ketam kulit lembut itu. sebelah restoran je.
Alhamdulillah rezeki murah mknan cpt smpi.mcm tau² je lapor yelah hujan lak tu.antara menu kami:
nasi putih
tomyam - biasa² je
ikan siakap stim - sedap cukup rasa n x berbau
ketam lembut masak cili - sgt pedas n kurang nikmat ketam lembutnya
ketam lembut goreng tepung - thumb up n mabeles.rangup diluar lembut didalam mencair di tekak hohohohoho walah!!!
sotong goreng tepung - best
 
 
harap maaf tiada gambo pasal lapor n bergelut dgn anak smpi terlupa nk snap menu hehehehehehe.
 
 


rupa ketam itu (sumber google)

ketam lembut goreng tepung (juga sumber google)
 
 
Alhamdulillah kenyang n rezeki kami datang tu mmg ada musim ketam lembut...oh ye nama restoran itu adalah Restoran JS muara, Kuala Gula.
harga x la mahal sgt sy makan 5 dewasa n 2 kanak² baru dalam  RM120 la.korg rasa ok x? bg sy yg duk KL ni mmg oklah kan.
info terbaru katanya di KL dh ada kedai jual ketam lembut ini. diarea medan selera Taman Dagang.
okiesss sekian n selamat merasa n nikmati ketam lembut Kuala Gula.
bubbyyeeeee.

Wednesday 12 September 2012

Raya dan macam²

Hi ! salam semua.

Hari ni dah 25 Syawal 1433. eh! sy belom lg ucap selamat hari raya la. almaklumla 1-2 bln ni sy xde kesempatan utk menulis sgt.ntah apa yg di bz kan pon xtau la.

rasanya belom terlambat lg ni hehehehe

sy dan keluarga ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin. cerita pasal raya ni kan thn ni turn saya beraya di kg tercinta. plan asal nk balik jumaat malam tu tp kan kita ni hanya merancang Allah jua yg menentukan segalanya, ditakdirkan mak saya jatuh masa hari selasa ptg tu.kak as (akak ipar) call suh blk mlm tu jugak.maka sy ni dgn kelam kabut n capai apa je yg boleh(seb baik kelengkapan raya dh ready) bertolak la mlm tu jugak around 11pm n smpi je segamat pkl 1.45am terus g hospital segamat tgk mak. mak jatuh masa nk masuk bilik air nk ambik wuduk solat zuhur. tekanan darah mak tinggi n bila jatuh mak kena stok sebelah tgn kanan. mula-mula doktor kata kritikal jugak pendarahan kt otak tp sehari sblm raya Alhamdulillah doktor scan n pendarahan tu dh xde maka mak dibenarkan blk dan kami pon xde la beraya di hospital. Syukur Alhamdulillah....

skrg pon dh byk perkembangan positif mak. tp kesian la dgn kak as n abg md nor nk uruskan mak,terkejar² diorg dgn nk urus kan kedai lg dgn berperang dgn sikembar tu lg hehehehehe. Insyallah skrg kami dlm urusan nk dptkan pembantu rumah pulak utk menolong kak as uruskan mak n wat kerja rumah(dh nama pon pembantu rumah) .

sy beraya kt kg smpi raya kedua,ptg tu dh balik KL turn en.somi dgn ibunya pulak hehehe anak mak.
sampai KL ambik mak mertua n blk Permai Inn (rumah sy la tu) pasal esok pg nk beraya ke Perak pulak sedara mara sblh suami.dh 7-8 tahun x jmpa katanya. perjalanan bermula pagi esoknya n kami pergi ke Batang Kali dulu.seterusnya ke Felda trolak,mlm tu tido rmh kak long sy kt Tmn Meru, Ipoh. esoknya teruskan lg perjlnan ke Parit Buntar dan Bagan Serai. area cni la yg best pasal kg² tepi bendang,sgt aman damai. byk jugak rumah yg kami singgah,dpt la sy jmpa sdara mara belah suami yg mmg sy x penah kenal sblm ni.kt cni sy ada ambik gambo....


rumah toksu yg kami singgah, dpn rumah ni bendang tp musim dh tuai n tanah kering so x yah ambik gambo la x cantik sgt


 
rumah lama toksu ni tgi so meja beraya dia bwh rmh je,bentang karpet n susun kerusi meja hehehehe seronok pulak beraya di kg ni.oh ye! kuih toksu ni sedap² n sendiri homemade
rumah toksu ni kt titi serong, dpn rumahnya bendang tp musim dh tuai.rumah lama ni dh rosak dimkn anai² jd toksu dpt bantuan rmh PPRT sblh tu je.jadinya bwh rumah lama ni la dia letak kerusi meja utk org² dtg beraya. si kecik sy mmg seronok x henggat kt cni dpt main tanah main kucing main pasir smpi ke tebing sawah di peginya.haishhhhh jakun sungguh kamu.
tepi rumah ada perigi tp dh moden dh ada paip.kt cni kami dpt buah cermai,petik kangkung kg (wat goreng belacan sedap) n dpt labu air. walaupon 1st time jmpa toksu ni sgt peramah n friendly.

jom layan gambar si cilik saya yg sgt keletah dan x terkejar sy dibuatnya.

jumpa kucing pulak
 

bagi "cat makan biskut raya" katanya
 

sengih lebor dpt main kucing
 

muka sedih kena marah dgn papa sebab nk main tepi bendang.
kami beraya sampai ke ptg n terus singgah makan di Kuala Gula. okiesss next entri kita cite² pasal Kuala Gula dan ketam lembutnya ye.
bubyeeee

Wednesday 8 August 2012

kehilangan yang pasti dijanjikanNya...

salam semua.....


Bagaimana untuk ku mulakan bicara kali ini.... sukar...mmg sukar! mungkin kesedihan yg masih menghantui diri kerana kehilangan yg pasti dijanjikanNya itu hadir begitu cepat.
ptg selepas coretan ramadan sebelum ini sy mendpt panggilan mengatakan kakak kandung...satu²nya kakak kesygan sy berada dlm keadaan kritikal.....
luluh rasa hati....
kaki ku kebas bagai x menginjak bumi....
airmata bertakung menunggu luruh.....
bila mendengar saranan doktor agar keluarga rapat dtg menziarah.....

Ya Allah....kenapa ini yg Kau takdirkan utk kami sekeluarga???? mengapa secepat ini???
Subhanallah x baik persoalkan ketentuan Ilahi....Sesungguhnya Dia la yg maha merancang dan lebih mengetahui apa yg terbaik utk kita.

mlm itu kami bertolak ke Hospital Sultanah Aminah JB... smpi sekitar 3am. sy bersama 2 lg abg terus naik ke wad menjenguk kakak yg terlantar tdk sedarkan diri dan menggunakan bantuan oksigen... airmata ku mencurah² laju....ku bacakan kalimah suci yg terlintas di ingatan...mengikut pesanan en somi. ku rapati telinganya ku bisikkan kehadiran kami..ku kucup pipi dan dahinya...tiada respon hanya turun naik dada dgn bantuan oksigen....nurse kutemui mengatakan kakak ku demam dgn suhu yg tgi mencecah 40 darjah celsius. ku urut tangan dan kakinya. juga tiada respon....
tiada lagi suaranya....
tiada lagi senyumnya....
Allah...............sy tiada kekuatan lagi utk meneruskan cerita ini..saat ayat ini kutaip juga airmata sudah luruh.....
Allah menjemputnya pada tanggal 25 Julai 2012-Rabu bersamaan 5 Ramadhan 1433 jam 4.45am.
kerana penyakit ADVANCED BREAST CANCER.

Ya Allah Kau tabahkan hatiku ini....hari ini 8/8/2012 hari ulangtahun kakak yg ke 43 bersamaan genap 2 minggu pemergian kakak. Insyaallah sy akan smbg semula jika kekuatan mental sy telah bersedia. Al-Fatihah utk kakak... Ya Allah Kau tempatkan la Kakak ku bersama org² yg soleh dan solehah di syurga...amin

Tuesday 24 July 2012

SALAM RAMADAN AL-MUBARAK - doa 30 hari Ramadan

Salam semua....

Hari ni dh masuk 4 Ramadan. harap² sy lom terlewat lg utk ucapkan selamat berpuasa kpd semua umat islam. Semoga Ramadan kali ini dapat kita hayati dan penuhi dgn amal ibadah. Bulan yg mulia utk kita membersihkan jiwa dan hati yg selama ini byk membuat kekufuran, bulan bonus utk kita melipat gandakan usaha dlm menambah timbangan neraca amal kebaikan kita.

Berikut adalah doa - doa setiap hari yg boleh diamalkan utk setiap hari dalam bulan Ramadan....


Doa Hari Pertama

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ صِيَامِيْ فِيْهِ صِيَامَ الصَّائِمِيْنَ وَ قِيَامِيْ فِيْهِ قِيَامَ الْقَائِمِيْنَ وَ نَبِّهْنِيْ فِيْهِ عَنْ نَوْمَةِ الْغَافِلِيْنَ وَ هَبْ لِيْ جُرْمِيْ فِيْهِ يَا إِلَهَ الْعَالَمِيْنَ وَ اعْفُ عَنِّيْ يَا عَافِيًا عَنِ الْمُجْرِمِيْنَ

Ya Allah.. Jadikanlah puasaku sebagai puasa orang-orang yang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku sebagai ibadah orang-orang yang benar-benar melakukan ibadah malam. Dan jagalah aku dari tidurnya orang-orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku… Wahai Tuhan sekalian alam. Dan ampunilah aku, wahai pengampun para pembuat dosa.

Doa Hari Kedua



اَللَّهُمَّ قَرِّبْنِيْ فِيْهِ إِلَى مَرْضَاتِكَ وَ جَنِّبْنِيْ فِيْهِ مِنْ سَخَطِكَ وَ نَقِمَاتِكَ وَ وَفِّقْنِيْ فِيْهِ لِقِرَاءَةِ آيَاتِكَ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Ya Allah.. Dekatkanlah aku kepada Keredhaan-Mu dan jauhkanlah aku dari kemurkaan serta balasan-Mu. Berilah aku kemampuan untuk membaca ayat-ayat-Mu dengan rahmat-Mu, wahai Maha Pengasih kepada semua pengasih.

Doa Hari Ketiga



اَللَّهُمَّ ارْزُقْنِيْ فِيْهِ الذِّهْنَ وَ التَّنْبِيْهَ وَ بَاعِدْنِيْ فِيْهِ مِنَ السَّفَاهَةِ وَ التَّمْوِيْهِ وَ اجْعَلْ لِيْ نَصِيْبًا مِنْ كُلِّ خَيْرٍ تُنْزِلُ فِيْهِ، بِجُوْدِكَ يَا أَجْوَدَ الْأَجْوَدِيْنَ

Ya Allah.. Berikanlah aku rezeki akal dan kewaspadaan dan jauhkanlah aku dari kebodohan dan kesesatan. Sediakanlah bahagian untukku dari segala kebaikan yang Kau turunkan, demi kemurahan-Mu, wahai Dzat Yang Maha Dermawan dari semua dermawan!

Doa Hari Keempat



اَللَّهُمَّ قَوِّنِيْ فِيْهِ عَلَى إِقَامَةِ أَمْرِكَ وَ أَذِقْنِيْ فِيْهِ حَلاَوَةَ ذِكْرِكَ وَ أَوْزِعْنِيْ فِيْهِ لأدَاءِ شُكْرِكَ بِكَرَمِكَ وَ احْفَظْنِيْ فِيْهِ بِحِفْظِكَ وَ سِتْرِكَ يَا أَبْصَرَ النَّاظِرِيْنَ

Ya Allah.. Berikanlah kekuatan kepadaku, untuk menegakkan perintah-perintah-Mu, Dan berilah aku manisnya berzikir mengingat-Mu. Berilah aku kekuatan untuk menunaikan syukur kepada-Mu, dengan kemuliaan-Mu. Dan jagalah aku dengan penjagaan-Mu dan perlindungan-Mu, wahai Dzat Yang Maha Melihat.

Doa Hari Kelima



اَللَّهُمَّ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مِنَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مِنْ عِبَادِكَ الصَّالِحِيْنَ الْقَانِتِيْنَ وَ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مِنْ أَوْلِيَائِكَ الْمُقَرَّبِيْنَ بِرَأْفَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Ya Allah.. Jadikanlah aku diantara orang-orang yang memohon keampunan, Dan jadikanlah aku sebagai hamba-Mu yang Soleh dan setia serta jadikanlah aku diantara Auliya’-Mu yang dekat disisi-Mu, dengan kelembutan-Mu, wahai Dzat Yang Maha Pengasih di antara semua pengasih.

Doa Hari keenam



اَللَّهُمَّ لاَ تَخْذُلْنِيْ فِيْهِ لِتَعَرُّضِ مَعْصِيَتِكَ وَ لاَ تَضْرِبْنِيْ بِسِيَاطِ نَقِمَتِكَ وَ زَحْزِحْنِيْ فِيْهِ مِنْ مُوْجِبَاتِ سَخَطِكَ بِمَنِّكَ وَ أَيَادِيْكَ يَا مُنْتَهَى رَغْبَةِ الرَّاغِبِيْنَ

Ya Allah.. Janganlah Engkau hinakan aku kerana perbuatan maksiat terhadap-Mu, dan janganlah Engkau pukul aku dengan cambuk balasan-Mu. Jauhkanlah aku dari hal-hal yang dapat menyebabkan kemurkaan-Mu, dengan anugerah dan bantuan-Mu, wahai puncak keinginan orang-orang yang berkeinginan.

Doa Hari Ketujuh



اَللَّهُمَّ أَعِنِّيْ فِيْهِ عَلَى صِيَامِهِ وَ قِيَامِهِ وَ جَنِّبْنِيْ فِيْهِ مِنْ هَفَوَاتِهِ وَ آثَامِهِ وَ ارْزُقْنِيْ فِيْهِ ذِكْرَكَ بِدَوَامِهِ بِتَوْفِيْقِكَ يَا هَادِيَ الْمُضِلِّيْنَ

Ya Allah.. Bantulah aku untuk melaksanakan puasanya, dan ibadah malamnya. jauhkanlah aku dari kelalaian dan dosa-dosa-Nya. Dan berikanlah aku zikir berupa zikir mengingat-Mu secara berkesinambungan, Dengan Taufiq-Mu, wahai Pemberi Petunjuk Orang-Orang Yang Sesat.

Doa Hari Kelapan



اَللَّهُمَّ ارْزُقْنِيْ فِيْهِ رَحْمَةَ الأَيْتَامِ وَ إِطْعَامَ الطَّعَامِ وَ إِفْشَاءَ السَّلاَمِ وَ صُحْبَةَ الْكِرَامِ بِطَوْلِكَ يَا مَلْجَأَ الآمِلِيْنَ

Ya Allah.. Berilah aku rezki berupa kasih sayang terhadap anak-anak yatim dan pemberian makan, serta penyebaran salam, dan pergaulan dengan orang-orang mulia, dengan kemuliaan-Mu, wahai Tempat Berlindung Bagi Orang-Orang Yang Berharap.

Doa Hari Kesembilan



اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِيْ فِيْهِ نَصِيْبًا مِنْ رَحْمَتِكَ الْوَاسِعَةِ وَ اهْدِنِيْ فِيْهِ لِبَرَاهِيْنِكَ السَّاطِعَةِ وَ خُذْ بِنَاصِيَتِيْ إِلَى مَرْضَاتِكَ الْجَامِعَةِ بِمَحَبَّتِكَ يَا أَمَلَ الْمُشْتَاقِيْنَ

Ya Allah.. Sediakanlah untukku sebagian dari Rahmat-Mu yang luas, Dan berikanlah aku petunjuk kepada ajaran-ajaran-Mu yang terang, dan bimbinglah aku menuju kepada kerelaan-Mu yang penuh dengan kecintaan-Mu, Wahai Harapan Orang-Orang Yang Rindu.

Doa Hari Kesepuluh



اَللَّهُمَّ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مِنَ الْمُتَوَكِّلِيْنَ عَلَيْكَ وَ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مِنَ الْفَائِزِيْنَ لَدَيْكَ وَ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مِنَ الْمُقَرَّبِيْنَ إِلَيْكَ بِإِحْسَانِكَ يَا غَايَةَ الطَّالِبِيْنَ

Ya Allah.. Jadikanlah aku diantara orang-orang yang bertawakkal kepada-Mu, Dan jadikanlah aku diantara orang-orang yang menang disisi-Mu, Dan jadikanlah aku diantara orang-orang yang dekat kepada-Mu dengan Ihsan-Mu, Wahai Tujuan Orang-Orang Yang Memohon.

Doa Hari Kesebelas



اَللَّهُمَّ حَبِّبْ إِلَيَّ فِيْهِ الْإِحْسَانَ وَ كَرِّهْ إِلَيَّ فِيْهِ الْفُسُوْقَ وَ الْعِصْيَانَ وَ حَرِّمْ عَلَيَّ فِيْهِ السَّخَطَ وَ النِّيْرَانَ بِعَوْنِكَ يَا غِيَاثَ الْمُسْتَغِيْثِيْنَ

Ya Allah.. Tanamkanlah dalam diriku kecintaan kepada perbuatan baik, Dan tanamkanlah dalam diriku kebencian terhadap kemaksiatan dan kefasikan. Jauhkanlah dariku kemurkaan-Mu dan api neraka dengan pertolongan-Mu, Wahai Penolong Orang-Orang Yang Meminta Pertolongan.

Doa Hari Kedua Belas



اَللَّهُمَّ زَيِّنِّيْ فِيْهِ بِالسِّتْرِ وَ الْعَفَافِ وَ اسْتُرْنِيْ فِيْهِ بِلِبَاسِ الْقُنُوْعِ وَ الْكَفَافِ وَ احْمِلْنِيْ فِيْهِ عَلَى الْعَدْلِ وَالإِنْصَافِ وَ آمِنِّيْ فِيْهِ مِنْ كُلِّ مَا أَخَافُ بِعِصْمَتِكَ يَا عِصْمَةَ الْخَائِفِيْنَ

Ya Allah.. Hiasilah diriku dengan penutup dan kesucian. Tutupilah diriku dengan pakaian Qana’ah dan kerelaan. Tempatkanlah aku di atas jalan keadilan dan sikap tulus. Amankanlah diriku dari setiap yang aku takuti dengan penjagaan-Mu, Wahai Penjaga Orang-Orang Yang Takut.

Doa Hari Ketiga Belas



اَللَّهُمَّ طَهِّرْنِيْ فِيْهِ مِنَ الدَّنَسِ وَ الْأَقْذَارِ وَ صَبِّرْنِيْ فِيْهِ عَلَى كَائِنَاتِ الْأَقْدَارِ وَ وَفِّقْنِيْ فِيْهِ لِلتُّقَى وَ صُحْبَةِ الأَبْرَارِ بِعَوْنِكَ يَا قُرَّةَ عَيْنِ الْمَسَاكِيْنِ

Ya Allah.. Sucikanlah diriku dari kekotoran dan kejelekan. Berilah kesabaran padaku untuk menerima segala ketentuan. Dan berilah kemampuan kepadaku untuk bertaqwa, Dan bergaul dengan orang-orang yang baik dengan bantuan-Mu, Wahai Dambaan Orang-Orang Miskin.

Doa Hari keempat Belas



اَللَّهُمَّ لاَ تُؤَاخِذْنِيْ فِيْهِ بِالْعَثَرَاتِ وَ أَقِلْنِيْ فِيْهِ مِنَ الْخَطَايَا وَ الْهَفَوَاتِ وَ لاَ تَجْعَلْنِيْ فِيْهِ غَرَضًا لِلْبَلايَا وَ الآفَاتِ بِعِزَّتِكَ يَا عِزَّ الْمُسْلِمِيْنَ

Ya Allah.. Janganlah Engkau hukum aku, kerana kekeliruan yang ku lakukan. Dan ampunilah aku dari kesalahan-kesalahan dan kebodohan. Janganlah Engkau jadikan diriku sebagai sasaran bala dan malapetaka dengan kemuliaan-Mu, Wahai Kemuliaan Kaum Muslimin.

Doa Hari Kelima Belas



اَللَّهُمَّ ارْزُقْنِيْ فِيْهِ طَاعَةَ الْخَاشِعِيْنَ وَ اشْرَحْ فِيْهِ صَدْرِيْ بِإِنَابَةِ الْمُخْبِتِيْنَ بِأَمَانِكَ يَا أَمَانَ الْخَائِفِيْنَ

Ya Allah.. Berilah aku rezeki berupa ketaatan orang-orang yang khusyu’. Dan lapangkanlah dadaku dengan taubatnya orang-orang yang menyesal, dengan keamanan-Mu, Wahai Keamanan Untuk Orang-Orang Yang Takut.

Doa Hari Keenam Belas



َللَّهُمَّ وَفِّقْنِيْ فِيْهِ لِمُوَافَقَةِ الْأَبْرَارِ وَ جَنِّبْنِيْ فِيْهِ مُرَافَقَةَ الْأَشْرَارِ وَ آوِنِيْ فِيْهِ بِرَحْمَتِكَ إِلَى (فِيْ ) دَارِ الْقَرَارِ بِإِلَهِيَّتِكَ يَا إِلَهَ الْعَالَمِيْنَ

Ya Allah.. Berilah aku kemampuan untuk hidup sebagaimana kehidupan orang-orang yang baik. Dan jauhkanlah aku dari kehidupan bersama orang-orang yang jahat. Dan naungilah aku dengan Rahmat-Mu hingga sampai kepada alam akhirat. Demi Ketuhanan-Mu Wahai Tuhan Seru Sekalian Alam.

Doa Hari Ketujuh Belas



اَللَّهُمَّ اهْدِنِيْ فِيْهِ لِصَالِحِ الأَعْمَالِ وَ اقْضِ لِيْ فِيْهِ الْحَوَائِجَ وَ الآمَالَ يَا مَنْ لاَ يَحْتَاجُ إِلَى التَّفْسِيْرِ وَ السُّؤَالِ يَا عَالِمًا بِمَا فِيْ صُدُوْرِ الْعَالَمِيْنَ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَ آلِهِ الطَّاهِرِيْنَ

Ya Allah.. Tunjukkanlah aku kepada amal kebajikan dan penuhilah hajat serta cita-citaku. Wahai Yang Maha Mengetahui Keperluan, tanpa pengungkapan permohonan. Wahai Yang Maha Mengetahui segala yang ada di dalam hati seluruh isi alam. Selawat ke atas Muhammad dan Keluarganya Yang Suci.

Doa Hari Kelapan Belas



اَللَّهُمَّ نَبِّهْنِيْ فِيْهِ لِبَرَكَاتِ أَسْحَارِهِ وَ نَوِّرْ فِيْهِ قَلْبِيْ بِضِيَاءِ أَنْوَارِهِ وَ خُذْ بِكُلِّ أَعْضَائِيْ إِلَى اتِّبَاعِ آثَارِهِ بِنُوْرِكَ يَا مُنَوِّرَ قُلُوْبِ الْعَارِفِيْنَ

Ya Allah.. Sedarkanlah aku akan keberkatan yang terdapat di saat Saharnya. Dan sinarilah hatiku dengan terang cahayanya dan bimbinglah aku dan seluruh anggota tubuhku untuk dapat mengikuti ajaran-ajarannya, Demi Cahaya-Mu Wahai Penerang Hati Para Arifin.

Doa Hari Kesembilan Belas



اَللَّهُمَّ وَفِّرْ فِيْهِ حَظِّيْ مِنْ بَرَكَاتِهِ وَ سَهِّلْ سَبِيْلِيْ إِلَى خَيْرَاتِهِ وَ لاَ تَحْرِمْنِيْ قَبُوْلَ حَسَنَاتِهِ يَا هَادِيًا إِلَى الْحَقِّ الْمُبِيْنِ

Ya Allah.. Penuhilah bahagianku dengan keberkatannya, Dan mudahkanlah jalanku menuju kebaikan-kebaikannya. Janganlah Kau jauhkan aku dari penerimaan kebaikan-kebaikannya, Wahai Pemberi Petunjuk Kepada Kebenaran Yang Terang.

Doa Hari Kedua Puluh



اَللَّهُمَّ افْتَحْ لِيْ فِيْهِ أَبْوَابَ الْجِنَانِ وَ أَغْلِقْ عَنِّيْ فِيْهِ أَبْوَابَ النِّيْرَانِ وَ وَفِّقْنِيْ فِيْهِ لِتِلاَوَةِ الْقُرْآنِ يَا مُنْزِلَ السَّكِيْنَةِ فِيْ قُلُوْبِ الْمُؤْمِنِيْنَ

Ya Allah.. Bukakanlah bagiku pintu-pintu Syurga dan tutupkanlah bagiku pintu-pintu Neraka, dan berikanlah kemampuan padaku untuk membaca Al-Quran Wahai Penurun Ketenangan di dalam hati orang-orang Mukmin.

Doa Hari Kedua Puluh Satu



اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِيْ فِيْهِ إِلَى مَرْضَاتِكَ دَلِيْلاً وَ لاَ تَجْعَلْ لِلشَّيْطَانِ فِيْهِ عَلَيَّ سَبِيْلاً وَ اجْعَلِ الْجَنَّةَ لِيْ مَنْزِلاً وَ مَقِيْلاً يَا قَاضِيَ حَوَائِجِ الطَّالِبِيْنَ

Ya Allah.. Berilah aku petunjuk menuju kepada keredhaan- Mu. Dan janganlah Engkau beri jalan kepada syaitan untuk menguasaiku. Jadikanlah Syurga bagiku sebagai tempat tinggal dan peristirahatan, Wahai Pemenuh Keperluan Orang-Orang Yang Meminta.

Doa Hari Kedua Puluh Dua


اَللَّهُمَّ افْتَحْ لِيْ فِيْهِ أَبْوَابَ فَضْلِكَ وَ أَنْزِلْ عَلَيَّ فِيْهِ بَرَكَاتِكَ وَ وَفِّقْنِيْ فِيْهِ لِمُوْجِبَاتِ مَرْضَاتِكَ وَ أَسْكِنِّيْ فِيْهِ بُحْبُوْحَاتِ جَنَّاتِكَ يَا مُجِيْبَ دَعْوَةِ الْمُضْطَرِّيْنَ

Ya Allah.. Bukakanlah bagiku pintu-pintu Kurnia-Mu, turunkan untukku keberkatan-Mu. Berilah kemampuan untukku kepada penyebab-penyebab keredhaan-Mu, Dan tempatkanlah aku di dalam Syurrga-Mu yang luas, Wahai Penjawab Doa Orang-Orang Yang Dalam Kesempitan.

Doa Hari Kedua Puluh Tiga



اَللَّهُمَّ اغْسِلْنِيْ فِيْهِ مِنَ الذُّنُوْبِ وَ طَهِّرْنِيْ فِيْهِ مِنَ الْعُيُوْبِ وَ امْتَحِنْ قَلْبِيْ فِيْهِ بِتَقْوَى الْقُلُوْبِ يَا مُقِيْلَ عَثَرَاتِ الْمُذْنِبِيْنَ

Ya Allah.. Sucikanlah aku dari dosa-dosa, Dan bersihkanlah diriku dari segala aib. Tanamkanlah ketaqwaan di dalam hatiku, Wahai Penghapus Kesalahan Orang-Orang Yang Berdosa.

Doa Hari Kedua Puluh Empat



اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فِيْهِ مَا يُرْضِيْكَ وَ أَعُوْذُ بِكَ مِمَّا يُؤْذِيْكَ وَ أَسْأَلُكَ التَّوْفِيْقَ فِيْهِ لأَنْ أُطِيْعَكَ وَ لاَ أَعْصِيَكَ يَا جَوَّادَ السَّائِلِيْنَ

Ya Allah.. Aku memohon kepada-Mu hal-hal yang mendatangkan Keredhaan-Mu, Dan aku berlindung dengan-Mu Dan hal-hal yang mendatangkan kemarahan-Mu, dan aku memohonkepada-Mu kemampuan untuk mentaati-Mu serta menghindari kemaksiatan terhadap-Mu, Wahai Pemberi Para Peminta.

Doa Hari Kedua Puluh Lima



اَللَّهُمَّ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مُحِبًّا لِأَوْلِيَائِكَ وَ مُعَادِيًا لأَعْدَائِكَ مُسْتَنّا بِسُنَّةِ خَاتَمِ أَنْبِيَائِكَ يَا عَاصِمَ قُلُوْبِ النَّبِيِّيْنَ

Ya Allah.. Jadikanlah aku orang-.orang yang menyintai Auliya-Mu dan memusuhi musuh-musuh-Mu. Jadikanlah aku pengikut sunnah-sunnah penutup Nabi-Mu, Wahai Penjaga Hati Para Nabi.

Doa Hari Kedua Puluh Enam



اَللَّهُمَّ اجْعَلْ سَعْيِيْ فِيْهِ مَشْكُوْرًا وَ ذَنْبِيْ فِيْهِ مَغْفُوْرًا وَ عَمَلِيْ فِيْهِ مَقْبُوْلاً وَ عَيْبِيْ فِيْهِ مَسْتُوْرًا يَا أَسْمَعَ السَّامِعِيْنَ

Ya Allah.. Jadikanlah usahaku sebagai usaha yang disyukuri, Dan dosa-dosa ku di ampuni, amal perbuatanku diterima, Dan seluruh aibku ditutupi, Wahai Maha Pendengar Dan Semua Yang Mendengar.

Doa Hari Kedua Puluh Tujuh



اَللَّهُمَّ ارْزُقْنِيْ فِيْهِ فَضْلَ لَيْلَةِ الْقَدْرِ وَ صَيِّرْ أُمُوْرِيْ فِيْهِ مِنَ الْعُسْرِ إِلَى الْيُسْرِ وَ اقْبَلْ مَعَاذِيْرِيْ وَ حُطَّ عَنِّيَ الذَّنْبَ وَ الْوِزْرَ يَا رَؤُوْفًا بِعِبَادِهِ الصَّالِحِيْنَ

Ya Allah.. Rezekikanlah kepadaku keutamaan Lailatul Qadr, Dan ubahlah perkara-perkaraku yang sulit menjadi mudah. Terimalah permintaan maafku, dan hapuskanlah dosa dan kesalahanku, Wahai Yang Maha Penyayang Terhadap Hamba-Hamba-Nya Yang Soleh.

Doa Hari Kedua Puluh lapan



اَللَّهُمَّ وَفِّرْ حَظِّيْ فِيْهِ مِنَ النَّوَافِلِ وَ أَكْرِمْنِيْ فِيْهِ بِإِحْضَارِ الْمَسَائِلِ وَ قَرِّبْ فِيْهِ وَسِيْلَتِيْ إِلَيْكَ مِنْ بَيْنِ الْوَسَائِلِ يَا مَنْ لاَ يَشْغَلُهُ إِلْحَاحُ الْمُلِحِّيْنَ

Ya Allah.. Penuhkanlah hidupku dengan amalan-amalan Sunnah, Dan muliakanlah aku dengan terkabulnya semuap permintaan. Dekatkanlah perantaraanku kepada-Mu diantara semua perantara, Wahai Yang Tidak Tersibukkan Oleh Permintaan Orang-Orang Yang Meminta.

Doa Hari Kedua Puluh Sembilan



اَللَّهُمَّ غَشِّنِيْ فِيْهِ بِالرَّحْمَةِ وَ ارْزُقْنِيْ فِيْهِ التَّوْفِيْقَ وَ الْعِصْمَةَ وَ طَهِّرْ قَلْبِيْ مِنْ غَيَاهِبِ التُّهَمَةِ يَا رَحِيْمًا بِعِبَادِهِ الْمُؤْمِنِيْنَ


Ya Allah.. Liputilah aku dengan Rahmat dan berikanlah kepadaku Taufiq dan Penjagaan. Sucikanlah hatiku dan dosa-dosa fitnah Wahai Pengasih Terhadap Hamba- HambaNya Yang Mukmin.

Doa Hari Ketiga Puluh



اَللَّهُمَّ اجْعَلْ صِيَامِيْ فِيْهِ بِالشُّكْرِ وَ الْقَبُوْلِ عَلَى مَا تَرْضَاهُ وَ يَرْضَاهُ الرَّسُوْلُ مُحْكَمَةً فُرُوْعُهُ بِالأُصُوْلِ بِحَقِّ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ آلِهِ الطَّاهِرِيْنَ وَ الْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ‏

Ya Allah.. Jadikanlah puasaku disertai dengan syukur dan penerima di atas jalan keredhaan-Mu dan Keredhaan Rasul. Cabang-cabangnya kukuh dan kuat berkat pokok-pokoknya,demi Kenabian Muhammad dan keluarganya yang suci, Dan Segala Puji Bagi Allah Tuhan Sekalian Alam.


SEMOGA IANYA MEMBERI MANFAAT KEPADA KITA SEMUA....AMIN
sumber : http://norahah.blogspot.com/ 

Tuesday 3 July 2012

tErInGiN nAk MaKaN mEe uDaNg PoRt.wEld SeMulA

eh sapa kata pregnant??? tak la. anak tekak je yg teringin tu hehehe..

As-salam. hi semua.

tu td intro je tu,yelah nnti kata sy pregnant pulak kan ngidam² tu. dulu masa sy ngandungkan gegirl chenta hati 7 bln adalah g taiping makan mee udang Port Weld tu. tapi la ni rasa nk mkn lg la,sedappppppp tau teringat².tu pasal tetiba rasa nk wat entri pasal mee udang ni,walhal gambar lama giler dah. kt KL ni xde la tmpt yg dpt buat sama mcm yg kt Port Weld, UDANGnya besar dan segar bugar.tu yg penting.tp sy ada dgr cite kt KL ni ada dh branch mee udang tp xtau la sedap ke tidak pasal x penah cari lg.
jom layan gambar la, jgn meleleh liur sudah!!!

inilah nama kedai nya. kedai biasa je tp mabeles hasilnya.tgk tu since 1956 lg.satu² kedai mkn melayu yg jual mee udang betul² dkt dgn jeti dgn laut.

sy dtg sini dgn fam sy sbb kebetulan masa tu anak buah sy yg sulung kawen kt Ipoh, pastu ada jemputan kenduri kawen lg kt batu kurau tu yg terlangsung terus smpi sini.


sy dgn mak terchenta,yg kiri skali tu ank buah mak,mak ati kami pgl
patutnya ada gambar abg sy n akak ipar, anak² buah tp mana ntah.layankan je lah mana yg ada ni ye.

meh la tgk menu apa yg saya mkn ye.nk tau tak en somi sy ni mmg la x mkn udang sblm ni dgn alasan katanya udang tu ada satu bau yg x kan ilang wlaupun dh basuh bersih.tp bila mee udang Port Weld sy terkejut tgk dia bole membaham mee udang goreng sy smpi licin.haisshhhhh laki sapa la ni.


menu 1 mee udang versi goreng

menu 2 mee udang versi kuah. tgk tu byk udang dr mee kan heheheh sedapppp

menu yg nk order bole pilih saiznya.hahahah mcm cari baju lak pakai saiz. tp betul tau sbb saiz udangnya. yg biasa² saiz s-m dalam RM7.00/menu. kalo nk special skit udang besar² mcm ibu jari kaki saiz XL dalam RM13-15/menu. xde la mahal melampau.harga mampu milik la katanya. kami order utk saiz biasa n special punya. semua nk rasa pasal jauh kan sesekali nk dtg tu.tgk pinggan dh licin tgl kepala je tu.
cer kira bape byk kepala udang tu.hehehe sepinggan adalah dalam berbelas ekor okes!!!! ulang lagi skali BELAS² EKOR,
byk kan mmg berbaloi²


dh siap mkn tu sy sempat la menyelinap ke dapur nk tgk udang yg baru je smpi dr laut terus ke dalam dapur kedai.

segar dari laut

ada yg sy tgk masih gerak² lg kaki udang tu.
 dah kenyang makan mee udang kami jln² ke tepi jeti tmpt nelayan berlabuh nk cari ikan fresh tp xde nelayan yg balik lg,bukan rezeki kami tp kami g borong ikan kering pulak.



dh mcm mandur 2 org tu..kiri baju hitam anak buah sy.yg kanan tu en somi la
 pemandangan sekitar jeti. suasana mmg best dgn cuaca yg baik dan berangin.



 

tokeh tu kata ikan fresh xde tp ini saja yg ada

belangkas

haishhh tu bkn tokeh ikan tu. ank buah sy si iwan dgn ikan yu kot
okess tu je cite utk entri kali ni. sedang mengecek en somi utk kembali lg ke sini bersama chenta hati kami pulak. last pic dr sy bersama en somi...cakkkkk

okesss tamat entri.bubbye

Wednesday 20 June 2012

sambal hitam

salam semua
i'm back setelah lama menyepi.kan dh bgtau entri yg lalu sy ni bz tahap melampau ..ewahhh ngalahkan menteri pulak. eh menteri la jugak,menteri kewangan keluarga katanya hahaha suami pulak ibarat PM keluarga.
sy ada dpt request dr anak buah ku utk buat entri pasal sambal hitam ni pasal dia nk membuatnya utk bln puasa akan dtg ni.maklum la kan nk mkn sahur tu feeling susah sgt nk menyuap nasi ke mulut,jdnya ada la pembuka selera skit mkn nasi panas² dgn sambal hitam ni.
sambal hitam Pahang ni pon sy tau dan belajar masak dr mak mertua sy. Alhamdulillah skrg dh terror dah msk sambal hitam ni, maklum la makanan kegemaran en somi. ok la kita tgk bahan² dan cara masaknya.

Bahan - bahan
belimbing buluh yg direbus dgn garam (beerapa butir saja,nnti masam sgt)
ikan bilis yg dh dikopek
bawang merah
cili padi (nk pedas letak byk²)
minyak utk menumis






 ini la rupa belimbing buluh bg sesapa yg x kenal ye









cara memasak

belimbing buluh tu dibasuh bersih masuk kan dlm periuk tambahkan sedikit garam dan masak dgn api perlahan dulu.belimbing akan keluarkan airnya sendiri.sentiasa kacau kejap² takut melimpah atau hangus.


       
belimbing masuk dlm periuk dan tambahkan garam

masak belimbing hingga kaler bertukar kehitaman dan mengecut,masak hingga kering airnya.
bagi yg masak byk utk smpn lama,sangai belimbing yg telah direbus tu dlm kuali hingga benar² kering.


 
inilah rupa belimbing yg telah siap direbus


tumbuh bawang merah,cili padi hingga lumat.masukkan 4-5 biji belimbing.kalo byk sgt nnti masam.tumbuk lumat dan masukkan bilis yg dh siap dikopek dan dh dibasuh td.bilis jgn tumbuk lumat sgt nnti terlalu hancur sambal anda.

panaskan kuali, masukkan 2-3 sudu minyak jagung ke minyak seri murni ke atau apa² minyak masak yg ada kt dapur anda.
masukkan bahan yg dh ditumbuk tadi.api jgn besar kacau rata masukkan gula dan perasa,jika x masin tambah kan garam. masak hingga warna kehitaman dah sekata.
jika nak sambal anda tahan lama goreng lama skit dgn api kecil.
siaplah sambal hitam Pahang resepi ibu mertuaku.

okessss sedia di hidang dan dimakan dgn nasi panas².sedapnya lapor pulak tgk gambo ni.nnti balik nk buat la.


selamat mencuba semua. sila kongsikan tau hasil anda nnti ye.
# sumber semua gambar adalah dari en google.



Monday 7 May 2012

sy yg bzzzzzzz..

salam...

winduuuu nk menulis tp kekangan masa tu mmg la x mengizinkan..
sgt bz memanjang...dgn cutinya,dgn balik kgnya....
yg lg membz kan adalah kerja yg melambak...officer cuti pon tglkan kerja yg byk juga utk disiapkan.
tp kan rasanya bln ni pon bz,ujung mgu ada je aktivitinya. 19 ni pon sy ada bowl tournament kt selayang mall.semoga group sy menang yerk..
27 mgu berikutnya adik ipar sy lak kawen,lg la bz...org kuat katanya heheheh
mcmana la nk kontrol gegirl sy tu nnti ye masa ramai org....penat mak nak (tgn didada mata keatas) atau bak kata peej yg comel tu (tgn keatas lari huru hara) hahahaha

ermmmm 21 smpi 24 ni lg la bz kauuuuu. sy EXAM!!! ingatkan zaman sekolah je kena exam.skrg dh keje,kawen beranak pinak pon kena exam gak.ntah bila nk study pon ntah la....
semoga sy dpt jawab soklan dgn gegeh dan jayanya heheheh...

nk tunjuk gambo gegirl sy yg semakin keletah dan memacam ragamnya.



ni papa dia jd photog. pose² aksi manja sementara menunggu sy blk keja

Wednesday 18 April 2012

sedapnya dengan nasi panas²........

salam...

bln lepas kawan sy ajak bfast mkn mknan yg dia bawak......
nak tau aper???? mkn ubi rebus cecah ikan pekasam. sedapnya xtau nk cite cmne.cite je pun dh rasa kecuq liur.mkn apatah lg. hehehehe ikan pekasam tu goreng garing² letak bawang dgn cili padi...mmg mabeles! pekasam dgn ubi rebus tu pon jauh dtgnya, dr sungai Besar u!!

so bila blk rmh tu cite la dgn en somi.dia yg dengar sy cite pon mcm sedap je.terus dia kata order la dgn kwn sy tu. maka dgn gegeh la memassage kwn sy norita dgn x malunya nk mntk dia belikan pekasam...

2-3 mgu berikutnya dpt la pekasam yg sy order tu.bkn satu dibawaknya tp berpaket² jugakla. tp sekejap je abis diborong.heheheh ada yg siap suggest lg kan best kalo pekasam ni dtgnya siap pakej dgn ubi skali.hahahaha nk mencari pekasam ni pon gegeh si eta dgn suma turun naik pasar apatah lg nk mencari ubi.maunya dikata cabut sendiri la dek oiii kek ladang tu hah. kadang² susah dh nk jmpa mknan ruji zaman jopon ni tp tepi rumah sy kt kg adalah lg 4-5 btg.kgkdg abg n akk sy rajin nanamnya,senang nk mkn pucuk ubi rebus ke lemak ke.heheheh tp sy x minat la daunnya.

ni lah hasil gambo pekasam tu


ikannya bersih.beras yg diorang guna pun x la hitam rupanya.pekasam ni ada pelbagai jenis, ada keli,talapia,belida n puyu. balik je keje masak nasi panas² mkn dgn pekasam goreng bawang n cili,pehhhhh mmg terangkat la mak mertua lalu pon x nmpk la org kata..hehehe jmpt makan mak!!
kalo nk order leh je inform sy nnti sy inform kwn sy tu.
bubbye....

Monday 16 April 2012

ermmm wangi.....apa tunggu lagi, beli jgn x beli



salam.......
hi!!! utk pengetahuan anda semua, sy ada menjual parfume. mcm² jenis ada utk lelaki dan wanita.
 
Parfume for men:
  Ck-shock
212 Sexymen
Ck-eternity
Issey Miyake Pour Homme
Paco Rabbane 1million
Hugo boss just different
Ck Free
Davidoff champion Energy
Ck euphoria

Perfume for women:
Salvatore F-Incanto Charms
Nina Ricci
Paco Rabbane Lady Million
Daisy by Marc Jacobs
Gucci Flora
D&G-Rose the One
Carolina Herrera 212 Vip
Lola by Marc Jacobs
Paris Hilton Can Can
Britney Spears Fantasy
Ralph Lauren Eau De toilette



suma ni saiz botol besar, baunyaaa ermmm bertahan 1 hari tau.
ni adalah produk ori tp reject. biasanya reject botol or kotak yg x jejaskan quality.
harga murah dari pasaran RM120 termasuk kos pos utk semua jenis.

berminat???? boleh pm sy email tunteja_syikin@yahoo.com, juga bole order dari fb sy disini
tq n selamat membeli belah..bubbye

Thursday 12 April 2012

Kesilapan Kita Sebagai Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-Anak

1. Kesilapan pertama: Kurang Berdoa
  • Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38)
* Doa agar anak mengerjakan solat ((Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)
  • Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
* Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Fuqan, 25:74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan kedua: Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* Terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat: Menegur mereka secara negatif
* Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah)
* Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)
* Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.

6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak
* Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’: “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun daripada mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata: “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”
(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
* Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas
* Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah
* Seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak
* Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu Sunnah.

11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang
* Seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktivi yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas: Berrtengkar di depan anak-anak
* Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibu bapanya.

13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah
* Samada dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang membesar.

14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton
* Samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangn dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak
* Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.”
(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)

#sumber internet untuk kongsian bersama

Tuesday 10 April 2012

 sYuRgA uNtUk iStErI

 
senangkan nk cari pahala untuk kita² ni yg bergelar isteri....tp ingat perlu redha dan ikhlas.

1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.

2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”.

3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengor...bankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)

  8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.

Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"...
 
 



 

Thursday 29 March 2012

1st follower...yeyehhh

salam.... hikhikhikhik sukerrrr.. sy dh ada 1st follower n sy pon dh lama jd silent reader dia.ini la blog si cantik manis,mom to be ni http://ceritacintanakita.blogspot.com/ sy suka baca blog dia yg sempoi je.skrg dia tgh pregnent,sy doakan moga dia n bb yg bakal keluar selamat semuanya.Amin tq ain jadi follower akak!!!

Tuesday 27 March 2012

eRRmmmm......Akhirnya

salam...
dh lama sy pasang niat nk ada blog sendiri,akhirnya berjaya jugak.
itupon slps aktif menjadi silent reader dulu...mula² dulu x penah lgsung tergerak hati nk baca blog.
tp bila mukabuku dh di block n kwn sy suggest baca 1 blog ni http://meriahuoll.blogspot.com/
terus sy jatuh cinta nk baca...baca...baca..n baca.dkt 2 thn gak sy jadi silent reader ni.lama² timbul minat.
taraaaaa....inilah hasilnya.