k-A-m-I

k-A-m-I

Wednesday 20 June 2012

sambal hitam

salam semua
i'm back setelah lama menyepi.kan dh bgtau entri yg lalu sy ni bz tahap melampau ..ewahhh ngalahkan menteri pulak. eh menteri la jugak,menteri kewangan keluarga katanya hahaha suami pulak ibarat PM keluarga.
sy ada dpt request dr anak buah ku utk buat entri pasal sambal hitam ni pasal dia nk membuatnya utk bln puasa akan dtg ni.maklum la kan nk mkn sahur tu feeling susah sgt nk menyuap nasi ke mulut,jdnya ada la pembuka selera skit mkn nasi panas² dgn sambal hitam ni.
sambal hitam Pahang ni pon sy tau dan belajar masak dr mak mertua sy. Alhamdulillah skrg dh terror dah msk sambal hitam ni, maklum la makanan kegemaran en somi. ok la kita tgk bahan² dan cara masaknya.

Bahan - bahan
belimbing buluh yg direbus dgn garam (beerapa butir saja,nnti masam sgt)
ikan bilis yg dh dikopek
bawang merah
cili padi (nk pedas letak byk²)
minyak utk menumis






 ini la rupa belimbing buluh bg sesapa yg x kenal ye









cara memasak

belimbing buluh tu dibasuh bersih masuk kan dlm periuk tambahkan sedikit garam dan masak dgn api perlahan dulu.belimbing akan keluarkan airnya sendiri.sentiasa kacau kejap² takut melimpah atau hangus.


       
belimbing masuk dlm periuk dan tambahkan garam

masak belimbing hingga kaler bertukar kehitaman dan mengecut,masak hingga kering airnya.
bagi yg masak byk utk smpn lama,sangai belimbing yg telah direbus tu dlm kuali hingga benar² kering.


 
inilah rupa belimbing yg telah siap direbus


tumbuh bawang merah,cili padi hingga lumat.masukkan 4-5 biji belimbing.kalo byk sgt nnti masam.tumbuk lumat dan masukkan bilis yg dh siap dikopek dan dh dibasuh td.bilis jgn tumbuk lumat sgt nnti terlalu hancur sambal anda.

panaskan kuali, masukkan 2-3 sudu minyak jagung ke minyak seri murni ke atau apa² minyak masak yg ada kt dapur anda.
masukkan bahan yg dh ditumbuk tadi.api jgn besar kacau rata masukkan gula dan perasa,jika x masin tambah kan garam. masak hingga warna kehitaman dah sekata.
jika nak sambal anda tahan lama goreng lama skit dgn api kecil.
siaplah sambal hitam Pahang resepi ibu mertuaku.

okessss sedia di hidang dan dimakan dgn nasi panas².sedapnya lapor pulak tgk gambo ni.nnti balik nk buat la.


selamat mencuba semua. sila kongsikan tau hasil anda nnti ye.
# sumber semua gambar adalah dari en google.