k-A-m-I

k-A-m-I

Wednesday 18 April 2012

sedapnya dengan nasi panas²........

salam...

bln lepas kawan sy ajak bfast mkn mknan yg dia bawak......
nak tau aper???? mkn ubi rebus cecah ikan pekasam. sedapnya xtau nk cite cmne.cite je pun dh rasa kecuq liur.mkn apatah lg. hehehehe ikan pekasam tu goreng garing² letak bawang dgn cili padi...mmg mabeles! pekasam dgn ubi rebus tu pon jauh dtgnya, dr sungai Besar u!!

so bila blk rmh tu cite la dgn en somi.dia yg dengar sy cite pon mcm sedap je.terus dia kata order la dgn kwn sy tu. maka dgn gegeh la memassage kwn sy norita dgn x malunya nk mntk dia belikan pekasam...

2-3 mgu berikutnya dpt la pekasam yg sy order tu.bkn satu dibawaknya tp berpaket² jugakla. tp sekejap je abis diborong.heheheh ada yg siap suggest lg kan best kalo pekasam ni dtgnya siap pakej dgn ubi skali.hahahaha nk mencari pekasam ni pon gegeh si eta dgn suma turun naik pasar apatah lg nk mencari ubi.maunya dikata cabut sendiri la dek oiii kek ladang tu hah. kadang² susah dh nk jmpa mknan ruji zaman jopon ni tp tepi rumah sy kt kg adalah lg 4-5 btg.kgkdg abg n akk sy rajin nanamnya,senang nk mkn pucuk ubi rebus ke lemak ke.heheheh tp sy x minat la daunnya.

ni lah hasil gambo pekasam tu


ikannya bersih.beras yg diorang guna pun x la hitam rupanya.pekasam ni ada pelbagai jenis, ada keli,talapia,belida n puyu. balik je keje masak nasi panas² mkn dgn pekasam goreng bawang n cili,pehhhhh mmg terangkat la mak mertua lalu pon x nmpk la org kata..hehehe jmpt makan mak!!
kalo nk order leh je inform sy nnti sy inform kwn sy tu.
bubbye....

Monday 16 April 2012

ermmm wangi.....apa tunggu lagi, beli jgn x beli



salam.......
hi!!! utk pengetahuan anda semua, sy ada menjual parfume. mcm² jenis ada utk lelaki dan wanita.
 
Parfume for men:
  Ck-shock
212 Sexymen
Ck-eternity
Issey Miyake Pour Homme
Paco Rabbane 1million
Hugo boss just different
Ck Free
Davidoff champion Energy
Ck euphoria

Perfume for women:
Salvatore F-Incanto Charms
Nina Ricci
Paco Rabbane Lady Million
Daisy by Marc Jacobs
Gucci Flora
D&G-Rose the One
Carolina Herrera 212 Vip
Lola by Marc Jacobs
Paris Hilton Can Can
Britney Spears Fantasy
Ralph Lauren Eau De toilette



suma ni saiz botol besar, baunyaaa ermmm bertahan 1 hari tau.
ni adalah produk ori tp reject. biasanya reject botol or kotak yg x jejaskan quality.
harga murah dari pasaran RM120 termasuk kos pos utk semua jenis.

berminat???? boleh pm sy email tunteja_syikin@yahoo.com, juga bole order dari fb sy disini
tq n selamat membeli belah..bubbye

Thursday 12 April 2012

Kesilapan Kita Sebagai Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-Anak

1. Kesilapan pertama: Kurang Berdoa
  • Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38)
* Doa agar anak mengerjakan solat ((Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)
  • Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
* Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Fuqan, 25:74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan kedua: Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* Terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat: Menegur mereka secara negatif
* Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah)
* Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)
* Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.

6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak
* Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’: “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun daripada mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata: “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”
(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
* Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas
* Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah
* Seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak
* Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu Sunnah.

11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang
* Seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktivi yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas: Berrtengkar di depan anak-anak
* Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibu bapanya.

13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah
* Samada dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang membesar.

14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton
* Samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangn dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak
* Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.”
(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)

#sumber internet untuk kongsian bersama

Tuesday 10 April 2012

 sYuRgA uNtUk iStErI

 
senangkan nk cari pahala untuk kita² ni yg bergelar isteri....tp ingat perlu redha dan ikhlas.

1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.

2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”.

3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengor...bankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)

  8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.

Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"...